Monday 21 October 2013

3 october 2013 Admit to Hospital beaufort

Views
pagi2 3 october 2013 hari khamis pagi kami ke kuala penyu untuk program kursus pekebun kecil...keadaan saya pada pagi tu baik dan sihat ja..sesampainya dikuala penyu kami pun bersarapan pagi dengan sedikit mee dan seketul kuih karipap..saya makan dengan berselera sebab lapar biasalah berbadan dua memang cepat lapar.lepas je menghabiskan makanan tu tetiba perut saya rasa semacam dada saya sakit sangat2 tidak pernah saya alami keadaan mcmtu sebelum ni ya tuhan sakitnya memang tidak boleh tahan lagi.saya pun meminta hantar untuk balik ke beaufort dalam perjalanan balik tu mcm2 benda bermain dalam fikiran saya..sampai je d beaufort terus kami pegi rumah sewa ambil buku klinik kkia then terus pegi unit kecemasan sebab memang sakitnya tidak bole tahan lagi,sampai je dlam wad kecemasan terus doktor cek dan sambung ubat cek paru2 cek urine semua la d cek,pas setengah jam kesakitan tu beransur kurang tapi doktor tidak benarkan saya balik so saya kena masuk maternity ward untuk pemeriksaan selanjutnya. dalam maternity ward ni macam2 saya kena cek sebab dorang takut kalau2 saya nak bersalin tapi syukurlah saya cuma sakit dada lagipun usia kandungan saya belum cukup bulan lagi....dalam maternity ward tu saya ditahan selama 3hari 2 malam dan pemeriksaan rapi memang dilakukan..syukur sebab sakit saya sudah berkurang dan membaik. pagi sabtu saya dibenarkan balik ke rumah dan review semula dengan doktor pada 24 october 2013..mudah2an semuanya selamat dan baik terutamanya baby yang ku kandung ini semoga dia sentiasa sihat,kuat,membesar dengan normal dan selamat sehingga tiba masa untuk ku melahirkanya kelak dan seterusnya membesar menjadi anak yang beriman dan berguna dimasa akan datang.amen.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial